Thursday, June 27, 2013

Lovely Paisley Shawl


Heyya fashionista! Assalamualaikum ..
Yang cantik ni mama norien. Time ni 1st day norien berniaga dekat restaurant Ogy D'Greenwood. Bukan jual makanan, tapi norien buka booth online butik noryn (NSha Moda) dekat situ. 
Okay, norien nak share dengan korang pasal shawl yang norien dan mama pakai tu, PAISLEY SHAWL. Shawl ni sangat selesa,material pun sangat okay tak panas bila dipakai. Satu yang norien paling suka pasal shawl ni sebab bidang besar. So bila kita pakai ia menutupi dada,boleh pakai labuh pun shawl ni. 
Kalau korang minat, korang boleh search instagram - @neyrashazeyra . Kak Iera ni blogger , so ramai la yang dah kenal dia. But norien still nak share kat korang yang tak tau mana nak dapat shawl yang cantik ni.

Assalam ;).


Simply Look

Heyya fashionista! Assalamualaikum ..


 Hi gadis-gadis manis. Setiap hari mood kita mesti lain-lain kan. Bila nak bersiap pun mesti pakai baju ikut mood kita. So hari ni norien nak share dengan korang pemilihan pakaian norien bila tak ada mood nak bersiap tapi still nak nampak 'O.K' ..



Time ni memang norien malas nak bersiap untuk keluar sebab kurang sihat. Bila dah takde mood, norien decide nak pakai plain black peplum (by @nshamoda-instagram ) dan match kan dengan 'electric blue' maxi skirt. Tapi,untuk nampak lebih clasic norien 'tuck in' peplum tu dan biar nampak sedikit gelembung di pinggang dan dah nampak ala-ala short peplum. Untuk nampak norien ni ceria, norien mengenakan shawl (by Brand Outlet) yang ada kobinasi warna, merah ,biru, hijau, purple dan hitam. So bila pakai shawl colourful macam tu, mood norien akan nampak macam biasa dan ceria. Yang penting, nampak simple.

Kesimpulan kat sini, tak semestinya bila ada hari-hari yang kita takde mood kita tak berkesempatan nak melaram.

Assalam ;)

Wednesday, June 26, 2013

Colour Blocking

Heyya fashionista! Assalamualaikum..













COLOUR BLOCKING! Trend sekarang kan gadis-gadis bermain dengan warna yang terang-terang untuk berpakaian. Seseorang perlu ada rasa berani apabila untuk bermain dengan warna-wanra yang terang,apa lagi apabila kita combine kan warna-warna yang berlainan.Kalau kita nak bermain dengan colour blocking apabila kita berpakaian,tona-tona warna tersebut haruslah bersesuaian dengan tona warna kulit kita. 

Macam dalam gambar tu, norien memakai zigzag maxi skirt ( by @nshamoda) yang ada campuran warna hijau, jingga, kuning dan hitam.Untuk nampak lebih menyerlah, noryn memakai batwing blouse berwarna hijau muda yang tidak terlalu terang dan gelap. Bila kita ada kombinasi warna terang, pudar dan gelap, keyakinan diri kita akan lebih menyerlah dan kita akan nampak lebih happy, ceria di mata orang lain.
So,apa lagi. Beranikan diri untuk bermain dengan warna.

Assalam ;)

Friday, June 21, 2013

Peplum for Girl by NSha Moda

Heyya fashionista! Assalamualaikum..
Korang sedia maklumkan bumi kita ni berputar-putar kan. Haaa,sama juga dengan fesyen atau trend. Fesyen pun berputar-putar juga. Kalau tak percaya cuba tengok trend sekarang. ramai yang berpakaian ala-ala Primadona Saloma gitu,atau nama yang lebih komersial untuk pakaian itu 'peplum'. Ramai gadis-gadis manis diluar sana gemar untuk memakai peplum tak kira umur kan. So hari ini  norien nak share sikit fashion peplum untuk kanak-kanak. Mesti ramai yang masih tercari-cari peplum untuk kanak-kanak yang berumur dari 8 tahun ke 12 tahun.






Okay,yang dalam gambar ni adik norien (EQA). Eqa memakai tribal peplum (cotton wool material ) yang boleh didapati di NSha MODA. Kalau nak beli boleh search dekat instagram @nshamoda . Harga dari RM20 - RM30 sekali caj penghantaran. Size untuk peplum ni adalah 'free size'. Tapi boleh muat untul kanak-kanak dari umur 8 - 12 tahun. Jom singgah @nshamoda 
.
Assalam ;)

Sunday, June 9, 2013

Fishtail sexy dress



Heyya fashionista! Assalamualaikum..
Bulan ni mesti korang banyak jemputan perkhawinan kan. So, korang mesti plan nak pakai kurung ke, kebaya ke, jubah ke kan kan. Atau korang kena kumpul duit untuk beli baju kurung moden yang cantik2 tuu.
Haa,ni norien nak ajar korang untuk lebih jimat. Baju yang norien pakai ni bukan baju kurung tau, tapi fishtail sexy short dress (RM35), noryn mix kan dengan long sleeve inner (RM10) dan maxi skirt (RM35). So total still bawah RM100 kan. Haaa,tak payah dah nak beli baju mahal2 untuk raya atau kenduri perkhawinan nanti. Selain tu,fishtail dress tu boleh juga kalau nak pakai dengan seluar kalau nak pergi hangout dengan kawan-kawan. Siapa cakap wanita bertudung tak bole pakai short dress, mestilah boleh kan. Tapi kalau wanita bertudung nak pakai short dress,mesti lah ada caranya. 
Selamat mencuba..

Assalam ;)

I love this Kimono

Heyya fashionista! Assalamualaikum..
Mesti ramai hijabnista / fashionista 'tergila-gila' dengan Kimono cardigan yang famaous sekarang ni kan. Bukan korang ajaaa,Norien pun memang sangat tergila-gilakan Kimono cardigan.
Norien nak share kat korang style yang norien pakai untuk kimono cardi ni.

Untuk style yang ni norien gunakan 'mix and match fashion' . Yela,dah jadi trend sekarang gadis-gadis berhijab menggunakan pelbagai kombinasi pakaian dan warna.
Kimono ni sangat selesa dan sejuk,tak berapa jarang. ( boleh didapati ni NSha MODA - instagram @nshamoda ). Untuk nampak lebih berfesyen tetapi sopan, norien mengenakan maxi long dress bewarna purple. So,bila dah match kan kimono cardi dengan maxi long dress ni, rasa macam pakai Jubah pulak dahh.

Korang try lah match kan maxi dress dengan kimono nii,sebab kebanyakan orang tak nak pakai kimono cardi dengan seluar sebab nampak berisi atau pun seksi sebab kimono ni pendek. Atau boleh digayakan dengan maxi skirt.

Assalam ;)  


Rapunzel Hijab style

Heyya fashionista! Assalamualaikum..
 

Hijab style yang norien buat ni actually tak diilhamkan dari mana-mana style and fesyen pun. Style macam ni jadi bila norien main 'hentam' ja ikat shawl ni. 
Haaa,lepas tu jadi lah syle yang ala2 rapunzel ni. Dalam bannyak style norien suka yang ni sebab tak banyak menggunakan jarum peniti tu haaa. Shawl ni hanya di ikat desebelah kiri ja. Untuk lebih senang dan terletak,norien pakai pashmina sebab shawl tu tak gerak2 sangat kan.
 InsyaAllah,norien akan update tutorial hijab style ni ehh. 




Saturday, June 8, 2013

Fashion Girl

Heyya fashionista! Assalamualaikum..
Zaman sekarang ramai kanak-kanak comel yang suda berhijab. Alhamdulillah adik norien (norien shafieqa) sudah mula berhijab dari umur dia 8 tahun. sekarang umur Eqa dah 10 tahun. Tapi kan kan,Eqa ni tak terlepas jugak nak 'berfashion' . HAHA, dari kecil lagi Eqa memang dah minat bergaya. 
So nak update sikit fashion Eqa yang "ala-ala" Arabic Girls ni.
Eqa mengenakan short sexy dress, untuk nampak lebih sopan, Eqa memakai inner yg berwarna babypink dan seluar jeans. Shawl Eqa pakai tu bidang biasa ja,jadi besar bila Eqa pakai sebab dia kecik. Untuk nampak lagi comel,Eqa mengenakan accesories pada shawl tu ( cute brooch )., 

Assalam ;)


Fairytale Fahion

Assalamualaikum Fashionista! Anda semua pasti berminat dengan pakaian-pakaian kisah dongeng seperti 'snow white' , 'cinderella and fairy' , 'barbie fashion fairytale' kan kan kan! So untuk hari ini Norien nak update sikit fashion muslimah 'ala-ala' fairytale gituu.




Haaa! Muslimah jugak boleh menggayakan pakaian dan selendang 'ala-ala' kisah dongeng. 
Norien mengenakan Princess Long Dress (by NSha MODA) dan selendang yang digayakan
 seperti puteri dongeng.
Kawan norien pula mengenakan Jubah Moden dan selendang yang dihias seperti pakai 'puteri pari-pari'..
Kitaorg melaram masa ni sebab ada tearter,so
sambil-   sambil tu share lah dengan korang.

Assalam ;)



Fruity Cherry Heart