Wednesday, July 31, 2013

Comfortable chiffon dress

 

Heyya fashionista! Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah 20hari kita menyambut ramadhan. Mesti ramai dah sibuk2 dengan persiapan hari raya kan. Raya-raya juga,ingatlah orang yang dalam kesusahan ya. (cehh iklan kejap). So macam mana persiapan raya masing-masing? Mesti semua dah fikir baju raya nak buat mcm mana,colour apa kan kan. Tahun ni alhamdulillah,norien buat sekadar yang mampu aja. Norien lebih suka kepada fashion long dress ataupun Jubah. 
Haa yang macam norien pakai ni, pink chiffon dress dari The PopLook. Dress ni sangat selesa siap full lining lagi. Harganya pun murah,tak sampai Rm60. Kalau korang nak nampak trendy tapi kekal sopan, korang boleh lah try pakai long dress dan combine kan dengan cardigan / blazer yang besar sikit dari size kita yang biasa. Zaman sekarang ni kalau pakai longdress tak semestinya kita nak pergi mana-mana party ke apa. Kita boleh pakai pergi wedding, hangout dgn kawan-kawan atau majlis-majlis dengan family. Yelahh,sekarang dah macam2 fashion long dress dah yg boleh disesuaikan dengan gadis-gadis berhijab. 
So,jom kita tambahkan koleksi dress kita. HEHE

Assalam ;)

Sunday, July 21, 2013

Tribal fever


Assalamualaikum/Hi fashionista!
Salam ramadhan buat semua muslimah/muslimin. Lama tak update blog ni sebab busy sangat.
Hari ni norien nak share dengan korang fashion yang simple dan sopan tetapi MURAH!
Outfit yang norien pakai ni ialah gabungan Fishtail Batwing top dan Tribal skirt dari Nsha Moda (instagram) . Apa yang norien suka baju ni sangat longgar sebab lengannya batwing dan sangat sesuai untuk muslimah-muslimah diluar sana. Harganya pulak takde lah mahal mana pun,hanya RM65 (postage include) untuk sepasang. Selain untuk pakai berhari raya nanti,korang boleh pakai baju ni untuk ke kolej atau pun hari2 casual korang. Norien memang suka ada gabungan tribal + plain ni,sebab kita akan nampak lebih fashionable tetapi simple. Jom cuba-cuba.



Assalam ;)

Wednesday, July 3, 2013

NSha HIJAB

Heyya fashionista! Assalamualaikum  ..

NSha Moda ada koleksi selendang baru. Shawl ni sangat lembut dan senang untuk dibentuk. Panjang shawl ni lebih kurang 2meter dan boleh pakai labuh menutupi dada. Material polyster, dan hanya ada 4 corak .
Kalau korang nak tengok2 boleh lah tengok kat facebook - NSha Moda / instagram - @nshamoda .
Harga pula hanya RM28 sekali postage, tapi untuk pemegang kad diskaun Nsha Moda RM25 sahaja.


Assalam ;)

Tuesday, July 2, 2013

Shawl tutorial - 3

Heyya fashionista! Assalamualaikum ..


1 - Pastikan selendang dibahagian kiri panjang dan bahagian kanan pendek.
2 - Lipatkan dibahagian kiri dan bawa ke kanan, kemudian pinkan disitu.
3 - Bawa bahagian selendang yang panjang itu ke atas kepala dan longgarkan sedikit.
4 - Sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala dan kemaskan selendang mengikut keselesaan .



Selamat mencuba ..
Assalam ;)


JUBAH

Heyya fashionista! Assalamualaikum ..

Ramai gadis-gadis zaman sekarang jarang nak pakai Jubah kan. Yela, ada yang anggap bila kita generasi muda pakai jubah ni nampak ala-ala makcik. 
Jubah sekarang ni ada macam-macam design yang sangat sesuai untuk generasi muda. 

Norien memilih jubah untuk ke majlis tahlil dan kenduri doa selamat semalam. Dengan jubah yang bersulam bunga, norien rasa sangat selesa kerana jubah ni sangat simple. Coraknya tidak terlalu over untuk generasi muda. Kalau korang minat nak pakai jubah, korang boleh cuba beli Jubah Abaiya dari Abu Dhabi. Jubah Abaiya simple dan memang sesuai untuk kita generasi muda. 

Assalam ;)

Monday, July 1, 2013

Shawl tutorial - 2

Heyya fashionista! Assalamualaikum ..

1 -  Selendang di bahagian kiri pendek dan kanan panjang
2 -  Kemudian tarik selendang bahagian kanan (panjang) ke bahagian kiri (melalui bahagian belakang)
3 -  Pisahkan kedua juntaian selendang
4 -  Silangkan selendang yang panjang itu dengan yang pendek, kemudian letakkan di atas kepala.
5 - Setelah diletakkan di atas kepala,juntaian yang ada pada di bahagian kanan itu kemaskan mengikut keselesaan anda.

Shawl tutorial - 1


Heyya fashionista! Assalamualaikum ..


1 - Pastikan selendang pendek dibahagian kiri dan kanan pula panjang
2 - Pin selendang dibahagian belakang
3 - Kemudian bahagian kanan selendang (panjang) bawa ke atas kepala, dan longgarkan      
            sedikit dibahagian leher
4 - Bahagian yang dilonggarkan itu, pin kan di bahagian kanan
5 - Kemudian pin dan kemaskan bahagian selendang yang terjuntai.

Selamat mencuba.
Assalam ;)

Fruity Cherry Heart